- Prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, tindakan atau pelaksanaan.
- Prinsip pengurusan Islam bertindak selaku landasan dalam perlaksanaan suatu kegiatan pentadbiran atau pengurusan untuk mencapai matlamat yang telah dirancang dan ditetapkan oleh sesebuah organisasi.
- Pengurusan Islam secara hakikatnya merupakan terjemahan kepada 'kerajaan Islam' atau pemerintahan Islam. Oleh itu, prinsip sebuah negara Islam secara umumnya ia melibatkan prinsip-prinsip yang berikut:
Al-Ubudiyyah
Al-Syura
Al-Huriyyah
Al-Musawah
Al-Adalah
- Al-Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah. Prinsip ini merujuk sifat pengabdian diri seorang insan. Oleh itu, seluruh kegiatan seseorang individu dan juga seluruh kegiatan di dalam organisasi perlulah berpegang kepada konsep pengabdian diri kepada Allah.
- Pandangan Islam tentang ketuhanan adalah berasaskan konsep ibadat kepada Allah dengan memusatkan peranannya kepada keimanan yang mutlak kepada Allah. Konsep ini membawa maksud seseorang Muslim hendaklah patuh kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Beriman dengan keesaan Allah merupakan landasan pengabdian seseorang islam terhadap tuhannya.
- Allah tidak meredai hamba-Nya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat seperti masjid atau surau semata-mata untuk tujuan beribadat sedangkan manusia boleh beribadat di mana-mana sahaja.
- Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah berasaskan
- Al-Syura merupakan prinsip pengurusan Islam yang kedua, Kepentingannya ditegaskan dengan jelas dan nyata di dalam Al-Quran. Kemudian dikukuhkan lagi oleh sunnah Rasulullah SAW serta amalan para sahabat. Al-Syura yang bermaksud muzakarah atau musyawarah juga merupakan unsur yang dianggap penting dalam kehidupan seharian.
- Antara kepentingan Al-Syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah:
- Amalan Syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal. Keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada pandangan seseorang.
- Syura dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana sesuatu perkara itu dibincangkan dengan teliti.
- Syura merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu, berpengalaman dan berkemahiran.
- Al-Huriyyah bermaksud kebebasan. Kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan Islam. Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan Islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan. Oleh itu, Islam menentang sebarang bentuk penghambaan tanpa sebarang alasan kecuali penghambaan terhadap Allah SWT.
- Islam menjamin kebebasan manusia dari aspek hak asasi kemanusiaan yang melibatkan perkara-perkara yang berikut:
- Kebebasan beragama atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti
- Kebebasan berfikir
- Kebebasan bersuara
- Kebebasan memiliki dan mencari harta
- Kebebasan untuk menuntut ilmu
- Kebebasan bergerak
- Al-Musawahatau persamaan adalah antara prinsip-prinsip pengurusan dalam Islam. Persamaan ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia berasal daripada kuturunan yang satu, iaitu berasal daripada Nabi Adam a.s.. Perkara yang membezakan setiap seorang manusia ialah amalan, tanggungjawab dan ketakwaan.
- Al-Musawah merupan prinsip pengurusan Islam yang melambangkan kesejagatan Islam dan sistemnya.
- Islam merupakan agama yang mementingkan keadilan. Keadilan dalam Islam merujuk kepada hak, iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Keadilan ialah bercakap benar, jujur dan amanah, menjauhi perkara yang haram, menjauhi dosa dan syubhah, tenang dalam apa-apa jua keadaan sekalipun dan menjaga maruah.
- Keadilan merupakan tunjang kepada segala bentuk amalan pengurusan yang dilaksanakan dengan melibatkan perkara seperti:
- Keadilan perlu diamalkan dalam proses pengambilan pekerja agar pekerja yang dipilih menepati kriteria dan kelayakan yang ditetapkan.
- Keadilan juga perlu dilaksanakan dalam pembahagian tugas supaya tugas tersebut diserahkan kepada yang layak mengambil kira bakat, potensi dan kekuatan.
- Keadilan harus dilaksanakan dalam menjatuhkan hukuman bukan berdasarkan kedudukan atau pilih kasih
sumber:
http://islamagama7.blogspot.my/2014/08/prinsip-pengurusan-islam.html