Prinsip dan perancangan operasi merupakan tanggungjawab semua pihak pengurusan sama ada pada peringkat atasan mahupun peringkat penyeliaan. Setelah perancangan strategik dibuat bagi mencapai objektif organisasi, prinsip dan perancangan operasi perlu dibuat dengan menyediakan butiran tertentu bagi mencapai perancangan strategik tersebut. Prinsip dan perancangan operasi terbahagi kepada dua:
• Rancangan untuk tujuan tertentu
• Rancangan kekal yang bertujuan untuk menyelaraskan
dan memberikan panduan tentang tugas dan membuat keputusan
RANCANGAN UNTUK TUJUAN TERTENTU
Rancangan ini mengandungi :
• program- mengandungi dan menerangkan secara menyeluruh aktiviti yang akan dijalankan seperti langkah demi langkah yang perlu diikuti oleh kakitangan yang dipertanggungjawabkan melalui jadual penyediaan program.
• Projek- Tugas-tugas kecil di dalam program yang menunujukkan kakitangan yang telah dipertanggungjawabkan.
• Belanjawan- Disifatkan sebagai satu alat untuk mengawal perjalanan aktiviti agar mematuhi peruntukan yang telah ditetapkan.
PERANCANGAN KEKAL
Rancangan ini berlaku apabila perancangan operasi melibatkan pengawalan perjalanan aktiviti akan dibuat melalui :
• Dasar- panduan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan,untuk membuat keputusan dan mencari jalan keluar bagi mengelakkan konflik dan kekeliruan yang mungkin timbul pada peringkat bawahan.
• Prosedur yang selaras- Tatacara atau kaedah yang menerangkan cara untuk menjalankan tugas agar kakitangan dapat dapat melaksanakan tugas dengan serangan
• Peraturan- Satu penyataan bagi mengawal sesuatu tindakan itu boleh dibuat atau tidak. Tanda atau kenyataan seperti "kawasan larangan merokok" merupakan satu peraturan yang dikenakan kepaada pihak tertentu atau orang ramai.
• Sama ada pegawai atau pembantunya dalam kepimpinan seseorang pemimpin adalah faktor pengukuhan kemahiran manusia. ketua atau pemimpin mempunyai keupayaan yang terhad.
No comments:
Post a Comment