Monday, 29 January 2018

3.6.1 PENURUNAN KUASA PADA ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT

Amalan penyerahan kuasa yang menjadi amalan Rasulullah SAW telah diwarisi pula oleh para sahabat. Mohd Kurd Ali mengatakan : 

Cara pentadbiran Umar adalah sama seperti cara yang dilakukan oleh sahabatnya, Abu Bakar iaitu memberi kebebasan kepada gabenor dalam mengendalikan urusan pentadbiran tempatan, permasalahan awam dan mereka juga bertanggungjawab untuk bertindak selaku penyelidik baik dalam keadaan tertutup atau terbuka.

     Penurunan kuasa adalah bagi tujuan pelaksanaan statut yang lebih licin, teratur, cepat dan berkesan, mengikut masa, keadaan (siatuasi) dan tempat. Ini sebenarnya yang dicita-citakan daripada konsep asal penurunan kuasa. Ianya lebih merupakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang dinyatakan didalam statut. 

     Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan demikian di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata. 

No comments:

Post a Comment