Monday, 29 January 2018

3.6.2 PEMBERIAN GANJARAN



Pengertian Ganjaran

·       Beberapa pengertian mengenai ganjaran diantaranya adalah Skinner mengungkapkan bahawa ganjaran ialah aspek yang saling berkaitan dengan nilai-nilai yang mempengaruhi kehendak seorang individu.

·       Selain itu,ganjaran merupakan apa yang seorang pegawai terima sebagai balasan dari pekerjaan yang diberikannya.contoh macam gaji.elaun dan bonus.

·       Dengan kata lain ganjaran merupakan sesuatu yang pegawai dapatkan yang disesuaikan dengan pekerjaan yang diterima sebagai balasan apa yang dia kerjakan.

·       Menurut Islam,Allah SWT berjanji akan memberi balasan yang baik terhadap orang yang melakukan sesuatu tindakan yang baik sebagaimana firmanNya;

“Sesiapa yang beramal soleh,dari lelaki atau perempuan,sedang ia beriman,maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan”.
(surah al-nahl:97)


Pembahagian Ganjaran



PEMBERIAN GANJARAN 



Dalam sesebuah organisasi Islam, aspek ini merupakan suatu perkara penting dalam segala urusan yang berlaku di antara majikan (ketua) dengan orang bawahan. Allah berjanji akan memberi balasan yang baik terhadap orang yang melakukan sesuatu tindakan yang baik .

PEMBAHAGIAN GANJARAN 


Ektrinsik

Ganjaran kewangan seperti kenaikan  upah dan bonus

Instrinsik

Ganjaran penghargaan seperti surat pujian dan sijil pekerja cemerlang

Seseorang pengurus harus mengambil peluang dengan sebaik mungkin untuk menyediakan ganjaran instrinsik kepada pekerjanya. Dalam hal ini seseorang pengurus tidak boleh bersifat kedekut untuk tidak memberikan pujian dan penghargaan yang sepatutnya kepada pekerjanya yang berprestasi cemerlang .


Tujuan Ganjaran

Tujuan dari ganjaran yang diberikan oleh organisasi diantaranya adalah sebagai berikut:-

·       Diberi kepada pekerja kerana telah menyumbangkan tenaga dari fizikal ataupun  mental. Contoh, menurut Islam hanya beri ganjaran apabila seseorang itu melakukan kerja dengan jujur dan amanah.

·       Ganjaran yang diberikan oleh organisasi,diharapkan mampu menbuat anggota organisasi selesa dengan lingkungan organisasi,sehingga tidak menimbulkan keinginan anggota organisasi untuk berpindah ke organisasi lain.Menurut Islam,betapa pentingnya nilaian dan penghargaan terhadap seseorang pekerja yang melaksanakan tugasanya dengan bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab.

·       Ganjaran biasanya diberi berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pekerja dalam menjalankan kerja mereka.Menurut islam kesungguhannya wajib diakui dan dihargai. Dalil hadis daripada Umar Al Khattab r.a : "sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasarkan niatnya."

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Nilai/Besarnya Ganjaran
Terdapat beberapa faktor yang mempu mempengaruhi nilai atau besaran ganjaran yang diberikan,diantaranya adalah sebagai berikut:-

·       Lokasi kerja
-lokasi kerja kita juga menentukan ganjaran yang diterima.Tempat kerja yang sesuai dengan perspektif Islam adalah tempat yang tidak bertentang dengan Islam seperti kelab malam,pusat perjudian dan lain-lain lagi. Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak,judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotoe(keji) dari perbuatan Syaitan.Oleh itu,hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah Al-Maaidah: 90)

·       Kualifikasi
-Pengalaman kerja,keterampilan dan latar belakang pendidikan boleh mempengaruhi ganjaran yang diterima oleh seorang pegawai.Menurut perspektif Islam,jika kerja yang dilakukan dengan jujur dan tanggungjawab maka ganjaran itu didapati adalah atas dasar usaha diri sendiri.  

·       Besarnya perusahaan
-Meskipun pada dasarnya memiliki proses yang sama,tetapi berbeza perusahaan akan berbeza pula pada ganjaran yang diterima.Namun,ganjaran biasanya disertai juga tanggungjawab yang besar.Menurut Islam,ganjaran yang berkat adalah apabila kita melakukan sesuatu tugas dan tanggunjawab dengan amanah dan jujur.

·       Industri
-Dalam lingkungan industri,memberikan risiko kerja.Semakin tinggi risiko kerja,maka semakin besar pula ganjaran yang akan diterima. 


 Kesimpulan

      Secara keseluruhannya,ganjaran mempunyai pelbagai maksud berdasarkan sesuatu tindakan kita contoh upah, hadiah, balasan,pahala,sambutan,rahmat dan takdir. Jika perbuatan kita ke arah kebaikan maka ganjaran yang baiklah kita dapat tetapi jika perbuatan kita melanggar hukum hakam Islam maka balasannya akan ditentukan sama ada di dunia mahupun di akhirat.Allah SWT telah berjanji, manusia tidak akan diberi ganjaran dan tidak dikenakan hukuman kecuali yang sesuai dengan apa yang dilakukan olehnya. Firman Allah lagi bermaksud“Manusia tidak diberi ganjaran kecuali yang selaras dengan apa yang diusahakan” (surah Al Najm:39).
     
 Kerja merupakan kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia untuk mendapatkan upah atau ganjaran. Manakala,ibadah merupakan kepatuhan dan ketaatan kita kepada kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadanya. Sesungguhnya  setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorang muslim merupakan ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang  dikehendaki oleh hukum syarak.
      
 Saranan kami sebagai pelajar adalah supaya seseorang itu mestilah mendapat ganjaran berdasarkan tugasan dan tanggungjawabnya dengan ikhlas bukan hanya menyempurnakan tugasan semata-mata untuk menyelesaikan tugasan sahaja. Kerana  keikhlasan dalam melakukan setiap pekerjaan pasti akan membuahkan hasil yang baik dan penuh hikmah. Segala tindakan dan kerja hendaklah berorientasikan ciri-ciri dan nilai-nilai kerja sebagai amal soleh dan bersifat selari antara dunia dan akhirat. Seseorang islam tidak kira pekerja atau pengurus wajib mempraktikkan cara hidup syumul berpandukan Al-Quran dan Al-sunnah agar setiap perkara yang dilakukan tidak bertentang dengan syariat Islam.



No comments:

Post a Comment