Pengurusan Islam merupakan proses penting bagi mengendalikan manusia,organisasi dan matlamat pengurusan Islam yang hendak dicapai berlandaskan Al-Quran dan hadis.Pengurusan Islam merangkumi peranan tauhid sebagai asas pengurusan. Pendekatan Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh dan bersepadu dalam melaksanakan pengurusan Islam ia merupakan unsur penyerahan diri manusia sebagai khalifah di muka bumi yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. Affendi Hassan berpendapat bahawa pengurusan Islam ialah satu penggembelengan tenaga dan sumber,melalui perancangan,arahan dan kawalan dalam sesebuah organisasi mengikut prinsip dan nilai yang ditetapkan dalam Islam.
Sistem pengurusan Islam,sistem yang sangat lengkap dan sistematik kerana isi berpandukan Al-Quran dan sunnah.Pengurusan Islam memainkan peranan penting dalam membentuk dan melahirkan pengurus, ketua, pemakmur, alam mengikut kerangka berfikir, nilai dan prinsip Islam.
Sesebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau objektif pengurusan Islam yang tersendiri.Objektif pengurusan merupakan sesuatu yang penting kerana menggariskan hala tuju yang akan dicapai oleh organisasi. Selain itu, objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai dan garis panduan oleh sesebuah organisasi.
Seterusnya, membolehkan segala usaha digerakkan ke arah objektif pengurusan Islam dan perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengambil realiti masa dan pengalaman.Akhir sekali, membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang diperoleh.
No comments:
Post a Comment