Seseorang pengurus tidak boleh melakukan kesemua kerja dalam jabatannya. Dengan sendirinya pengurus memerlukan pekerja bagi memudahkan urusan kerja. Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada para pekerjanya. Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan kerja masing-masing.
Dalam memberikan kerja, seseorang pengurus mesti memberikan pekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi mebolehkan menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Kuasa yang diberikan perlulah wajar dengan autoriti kerja. Sekiranya kuasa yang diberikan kurang wajar dengan autoriti kerja, sudah tentu pekerja tersebut akan menghadapi masalah dalam menjalankan tugas nanti. Kejayaan penurunan kuasa samada kepada pekerja bawahan atau kepada pengurus cawangan terletak sebahagian besarnya kepada kepercayaan pihak pengurusan terhadap orang bawahan mereka.

Amalan penyerahan kuasa terhadap orang bawahan sama ada pegawai atau pembantunya dalam kepimpinan seseorang pemimpin adalah antara faktor pengukuhan kemahiran kemanusiaan. Ketua atau pemimpin adalah juga manusia yang mempunyai keupayaan yang terhad. Sudah tentu mereka tidak mampu untuk memikul segala-galanya tanpa menyerahkan setengah urusan pentadbiran kepada gabenornya untuk diselesaikan. Pada ketika itu gabenor bertindak selaku wakil kepada pemimpin. Selanjutnya amalanpenyerahan kuas ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa yakin gabenor terhadap keupayaan diri dan kepercayaan ketua terhadapnya. Ini akan lebih mendorong seseorang yang diberikan tanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan tekun.
No comments:
Post a Comment