Tuesday, 30 January 2018

3.3 PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

       

  • Prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, tindakan atau pelaksanaan.
  • Prinsip pengurusan Islam bertindak selaku landasan dalam perlaksanaan  suatu kegiatan pentadbiran atau pengurusan untuk mencapai matlamat yang telah dirancang  dan ditetapkan oleh sesebuah organisasi.
  • Pengurusan Islam secara hakikatnya merupakan terjemahan kepada 'kerajaan Islam' atau pemerintahan Islam. Oleh itu, prinsip sebuah negara Islam secara umumnya ia melibatkan prinsip-prinsip yang berikut:

Al-Ubudiyyah


  1. Al-Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah. Prinsip ini merujuk sifat pengabdian diri seorang insan. Oleh itu, seluruh kegiatan seseorang individu dan juga seluruh kegiatan di dalam organisasi perlulah berpegang kepada konsep pengabdian diri kepada Allah.
  2. Pandangan Islam tentang ketuhanan adalah berasaskan konsep ibadat kepada Allah dengan memusatkan peranannya kepada keimanan yang mutlak kepada Allah. Konsep ini membawa maksud seseorang Muslim hendaklah patuh kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Beriman dengan keesaan Allah merupakan landasan pengabdian seseorang islam terhadap tuhannya.
Antara konsep Ubudiyyah ialah:
  • Allah tidak meredai hamba-Nya yang bersikap menjauhi kemewahan  dunia dengan mengurung diri di dalam  rumah-rumah ibadat seperti masjid atau surau semata-mata untuk tujuan beribadat sedangkan manusia boleh beribadat  di mana-mana sahaja.
  • Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah berasaskan
    satu perjanjian atau kesanggupan yang azali, Manusia telah mengakui ketuhanan Allah serta menyatakan kesanggupan  untuk mengabdikan diri semata-mata kepada-Nya.

Al-Syura
  1. Al-Syura merupakan prinsip pengurusan Islam yang kedua, Kepentingannya ditegaskan dengan jelas dan nyata di dalam Al-Quran. Kemudian dikukuhkan lagi oleh sunnah Rasulullah SAW serta amalan para sahabat. Al-Syura yang bermaksud muzakarah atau musyawarah  juga merupakan unsur yang dianggap  penting dalam kehidupan seharian.
  2. Antara kepentingan Al-Syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah:
  • Amalan Syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal. Keputusan yang dibuat mengikut pandangan  ramai lebih baik daripada pandangan seseorang.
  • Syura dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana sesuatu perkara itu dibincangkan dengan teliti.
  • Syura merupakan wadah untuk memanfaatkan  mereka yang berilmu, berpengalaman dan berkemahiran.

Al-Huriyyah
  1. Al-Huriyyah bermaksud kebebasan. Kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan Islam. Prinsip ini bertitik tolak  daripada  hakikat pengiktirafan Islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan. Oleh itu, Islam menentang sebarang bentuk penghambaan tanpa sebarang alasan kecuali penghambaan terhadap Allah SWT.
  2. Islam menjamin kebebasan manusia dari aspek hak asasi kemanusiaan yang melibatkan perkara-perkara yang berikut:
  • Kebebasan beragama atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti
  • Kebebasan berfikir
  • Kebebasan bersuara
  • Kebebasan memiliki dan mencari harta
  • Kebebasan untuk menuntut ilmu
  • Kebebasan bergerak

Al-Musawah 


  1. Al-Musawahatau persamaan adalah antara  prinsip-prinsip  pengurusan dalam Islam. Persamaan ini berkaitan dengan hakikat bahawa  manusia berasal daripada kuturunan yang satu, iaitu berasal daripada Nabi Adam a.s.. Perkara yang membezakan setiap seorang manusia ialah amalan, tanggungjawab dan ketakwaan.
  2. Al-Musawah merupan prinsip pengurusan Islam yang melambangkan kesejagatan Islam dan sistemnya.

Al-Adalah


  1. Islam merupakan agama yang mementingkan keadilan. Keadilan dalam Islam merujuk kepada hak, iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Keadilan ialah bercakap benar, jujur dan amanah, menjauhi perkara yang haram, menjauhi dosa dan syubhah, tenang dalam apa-apa jua keadaan sekalipun dan menjaga maruah.
  2. Keadilan merupakan tunjang kepada segala bentuk amalan pengurusan yang dilaksanakan dengan melibatkan perkara seperti:
  • Keadilan perlu diamalkan dalam proses pengambilan pekerja agar pekerja yang dipilih menepati kriteria dan kelayakan yang ditetapkan.
  • Keadilan juga perlu dilaksanakan dalam pembahagian tugas supaya tugas tersebut diserahkan kepada yang layak mengambil kira bakat, potensi dan kekuatan.
  • Keadilan harus dilaksanakan dalam menjatuhkan hukuman bukan berdasarkan kedudukan atau pilih kasih


sumber:
http://islamagama7.blogspot.my/2014/08/prinsip-pengurusan-islam.html

3.5 KETAATAN KEPADA ORGANISASI

PENGENALAN

Menurut perspektif Islam, kehidupan manusia digalakkan untuk sentiasa mengamalkan prinsip dan semangat berorganisasi. Contohnya, umat Islam amat digalakkan mengerjakan solat secara berjemaah dengan melantik seorang ketua (imam). Begitu juga dengan urusan musafir, manusia digalakkan bermusafir secara berjemaah dan melantik salah seorang daripada mereka sebagai ketua. Begitulah juga dengan amalan lain, yang menunjukkan betapa pentingnya hidup berorganisasi. 
Oleh itu, jelas bahawa kehidupan berorganisasi ini merupakan ciri penting dalam masyarakat manusia yang bertamadun.




DEFINISI ORGANISASI

Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Dalam buku ‘Mengurus Secara Islam’, Yusof Ismail mengungkapkan, organisasi didefinasikan sebagai “struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan”(Jackson dan Musselmen,108), kumpulan dua atau lebih orang yang wujud dan beroperasi untuk mencapai objektif yang dinyatakan dan dipersetujui bersama.


KETAATAN KEPADA ORGANISASI

Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya. Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan Islam, maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya. Ketaatan dalam organisasi melibatkan segala bentuk arahan keorganisasian. Ia penting untuk melicinkan perjalanan organisasi. Dengan itu, matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi boleh direalisasikan. Ketaatan tersebut juga melibatkan arahan yang tidak bercanggah dengan hukum dan nilai-nilai yang ditentukan oleh syarak.Ketaatan kepada pemimpin ini dapat diambil dari Firman Allah s.w.t :

 "Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."(an-Nisa : 59)

Ayat ini mengisyaratkan bahawa ketaatan kepada Allah dan rasul merupakan ketaatan yang mutlak dan tanpa bersyarat. Sementara ketaatan kepada yang lainnya mempunyai syaratnya tersendiri selama mana ia tidak bercanggah dengan arahan Allah dan RasulNya. Soal ketaatan ini seringkali dinayatakan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda. Di antara sabda baginda yang bermaksud :

  “Sesiapa yang mentaati perintahku, maka sesungguhnya ia mematuhi perintah Allah.Sesiapa yang mentaati perintah amir (ketua) sesungguhnya bererti mematuhi perintahku, dan sesiapa yang melanggar perintah amir (ketua) bererti ia melanggari perintahku”. (Riwayat Muslim)


Konsep ketaatan ini melibatkan semua keadaan, samada dalam keadaan senang atau susah. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda yang bermaksud :

“Kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam keadaan susah atau senang, atau dalam keadaan perkara yang atau kurang disukai, atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu”. (Riwayat Muslim)


Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu kesetiaan kepada organisasi dan kepatuhan kepada disiplin.
Kesetiaan kepada organisasi
Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasinya. Beliau TIDAK BOLEH :

  1. Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya.
  2. Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian syarikatnya.
  3. Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi yang lain seperti memberikan maklumat rahsia organisasinya kepada organisasi pesaing


Kepatuhan kepada disiplin

  1. Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar.
  2. Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang bekerja di dalamnya.
  3. Tanpa disiplin, operasi organisasi akan jadi kacau bilau yang akibatnya akan memusnahkan organisasi akhirnya.
  4. Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan dan pihak pengurusan atasan bagi memastikan segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan kerja diikuti oleh pekerjanya dan diri pengurus itu sendiri.

3.2 MATLAMAT UMUM SYARIAH


Matlamat Umum Syariah (Maqasid Syariah)

Menurut konteks pengurusan Islam, objektif umum sesebuah organisasi seharusnya tidak lari dari matlamat umu syariah Islamiyah. Menurut Imam Syartibi dan Al-Ghazali matlamat umum syariah merangkumi 5 komponen maqasid yang sangat mustahak iaitu keselamatan akal, agama, harta, jiwa atau nyawa dan keturunan yang setiap perundangan hukum itu mestilah bertujuan melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, hata, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia. Maqasid Syariah secara umumnya ialah 5 prinsip yang asas yang berikut:



1. Menjaga Keselamatan Agama

Agama memisah kualiti sebenar seorang muslim dan amat berkait rapat dengan aspek akidah. Dalam konteks organisasi, aspek keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakan hendaklah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang.




Nabi SAW bersabda :

هفاقتلو دينه بدل من 
Ertinya: Dari Ibnu Abbas ra : Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka  
hendaklah  kamu membunuhnya” 
                                                                          ( Riwayat Bukhari )











2. Menjaga Keselamatan Jiwa (Nyawa)

Salah satu tujuan atau Maqasid Syariah ialah menjaga dan memelihara jiwa serta tubuh badan manusia. Hal ini mewajibkan seseorang memelihara nyawanya dan nyawa orang lain sejajar dengan firman Allah SWT iaitu:




Firman Allah S.W.T :

أَوْ فَسَادٍمِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ
 فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ
جَمِيعًا وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ بَعْدَ ذَٰلِكَ فِي
لَمُسْرِفُونَالْأَرْضِ 

   Maksudnya :
 “Dengan sebab(pembunuhan kejam) yang demikian itu ,kami tetapkan atas bani Israel,
bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan
yang membolehkan membunuh orang itu atau melakukan kerosakan di muka
bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia,maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya”

                                                       (surah al-maidah 5:32)



3. Menjaga Keselamatan Akal

Akal dan pemikiran perlu dijaga kerana merupakan anugerah Allah SWT yang paling berharga kepada manusia. Akal pemikiran juga merupakan keistimewaan daripada Allah yang membezakan manusia berbanding dengan mahluk yang lain. Akal bukan sahaja perlu dijaga, tetapi perlu disuburkan fungsinya demi kebaikkan umat sejagat. Segala unsur yang boleh merosakkan akal adalah dilarang termasuklah meminum arak, mengambil dadah serta memikirkan perkara yang tidak terjangkau oleh akal manusia. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:


 Firman Allah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ
الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

     Maksudnya :
“wahai orang-orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya     arak,judi,pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan          batang-batang anak panah adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan.Oleh itu,hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”

(surah al-maidah 5:90)



4. Menjaga Kesalamatan Maruah dan Keturunan

Memelihara maruah dan keturunan merupakan salah satu matlamat syariah. Oleh demikian, segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan adalah dilarang sama sekali. Ini sejajar dengan firman Allah SWT:

 Firman Allah :
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
   Maksudnya :
  “Dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina       itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat yang     membawa kerosakkan." (surah al- isra’ 17:32)

5. Menjaga Keselamatan Harta 

Menjaga dan memiliki harta merupakan salah satu tujuan atau maqasid syariah. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT melalui firman:

 Firman Allah :

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيم
   
Maksudnya :
‘Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka(hukumnya)potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah  dan ingatlah Allah Maha Kuasa lagi Maha bijaksana.
(Surah al-Maidah 5:38)




sumber:
http://tigapendakwah.blogspot.my/2016/10/matlamat-umum-syariah-maqasid-syariah_3.html
http://berpayungkaniman.blogspot.my/2015/07/matlamat-umum-syariah-maqasid-syariah.html
http://pengurusandalamislam57.blogspot.my/2016/07/3_56.html

3.6 PENURUNAN AUTORITI DAN KUASA YANG WAJAR DALAM PENURUNAN TUGAS

Seseorang pengurus tidak boleh melakukan kesemua kerja dalam jabatannya. Dengan sendirinya pengurus memerlukan pekerja bagi memudahkan urusan kerja. Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada para pekerjanya. Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan kerja masing-masing.

Dalam memberikan kerja, seseorang pengurus mesti memberikan pekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi mebolehkan menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Kuasa yang diberikan perlulah wajar dengan autoriti kerja. Sekiranya kuasa yang diberikan kurang wajar dengan autoriti kerja, sudah tentu pekerja tersebut akan menghadapi masalah dalam menjalankan tugas nanti. Kejayaan penurunan kuasa samada kepada pekerja bawahan atau kepada pengurus cawangan terletak sebahagian besarnya kepada kepercayaan pihak pengurusan terhadap orang bawahan mereka. 

        Amalan penyerahan kuasa terhadap orang bawahan sama ada pegawai atau pembantunya dalam kepimpinan seseorang pemimpin adalah antara faktor pengukuhan kemahiran kemanusiaan. Ketua atau pemimpin adalah juga manusia yang mempunyai keupayaan yang terhad. Sudah tentu mereka tidak mampu untuk memikul segala-galanya tanpa menyerahkan setengah urusan pentadbiran kepada gabenornya untuk diselesaikan. Pada ketika itu gabenor bertindak selaku wakil kepada pemimpin. Selanjutnya amalanpenyerahan kuas ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa yakin gabenor terhadap keupayaan diri dan kepercayaan ketua terhadapnya. Ini akan lebih mendorong seseorang yang diberikan tanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan tekun. 



3.4 PRINSIP DAN PERANCANGAN OPERASI

         PENGENALAN

Prinsip dan perancangan operasi merupakan tanggungjawab semua pihak pengurusan sama ada pada peringkat atasan mahupun peringkat penyeliaan. Setelah perancangan strategik dibuat bagi mencapai objektif organisasi, prinsip dan perancangan operasi perlu dibuat dengan menyediakan butiran tertentu bagi mencapai perancangan strategik tersebut. Prinsip dan perancangan operasi terbahagi kepada dua:


•    Rancangan untuk tujuan tertentu


•    Rancangan kekal yang bertujuan untuk menyelaraskan 

dan memberikan panduan tentang tugas dan membuat keputusan   

      RANCANGAN UNTUK TUJUAN TERTENTU

Rancangan ini mengandungi :


•    program- mengandungi dan menerangkan secara menyeluruh aktiviti yang akan dijalankan seperti langkah demi langkah yang perlu diikuti oleh kakitangan yang dipertanggungjawabkan melalui jadual penyediaan program.


•    Projek- Tugas-tugas kecil di dalam program yang menunujukkan kakitangan yang telah dipertanggungjawabkan.


•    Belanjawan- Disifatkan sebagai satu alat untuk mengawal perjalanan aktiviti agar mematuhi peruntukan yang telah ditetapkan.


        PERANCANGAN KEKAL

Rancangan ini berlaku apabila perancangan operasi melibatkan pengawalan perjalanan aktiviti akan dibuat melalui :


•    Dasar- panduan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan,untuk membuat keputusan dan mencari jalan keluar bagi mengelakkan konflik dan kekeliruan yang mungkin timbul pada peringkat bawahan.


•    Prosedur yang selaras- Tatacara atau kaedah yang menerangkan cara untuk menjalankan tugas agar kakitangan dapat dapat melaksanakan tugas dengan serangan


•    Peraturan- Satu penyataan bagi mengawal sesuatu tindakan itu boleh dibuat atau tidak. Tanda atau kenyataan seperti "kawasan larangan merokok" merupakan satu peraturan yang dikenakan kepaada pihak tertentu atau orang ramai.


•    Sama ada pegawai atau pembantunya dalam kepimpinan seseorang pemimpin adalah faktor pengukuhan kemahiran manusia. ketua atau pemimpin mempunyai keupayaan yang terhad.


PENGETAHUAN DAN TIPS



MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

Related image




Image result for rukun islam










Monday, 29 January 2018

3.6.1 PENURUNAN KUASA PADA ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT

Amalan penyerahan kuasa yang menjadi amalan Rasulullah SAW telah diwarisi pula oleh para sahabat. Mohd Kurd Ali mengatakan : 

Cara pentadbiran Umar adalah sama seperti cara yang dilakukan oleh sahabatnya, Abu Bakar iaitu memberi kebebasan kepada gabenor dalam mengendalikan urusan pentadbiran tempatan, permasalahan awam dan mereka juga bertanggungjawab untuk bertindak selaku penyelidik baik dalam keadaan tertutup atau terbuka.

     Penurunan kuasa adalah bagi tujuan pelaksanaan statut yang lebih licin, teratur, cepat dan berkesan, mengikut masa, keadaan (siatuasi) dan tempat. Ini sebenarnya yang dicita-citakan daripada konsep asal penurunan kuasa. Ianya lebih merupakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang dinyatakan didalam statut. 

     Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan demikian di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata. 

3.6.2 PEMBERIAN GANJARAN



Pengertian Ganjaran

·       Beberapa pengertian mengenai ganjaran diantaranya adalah Skinner mengungkapkan bahawa ganjaran ialah aspek yang saling berkaitan dengan nilai-nilai yang mempengaruhi kehendak seorang individu.

·       Selain itu,ganjaran merupakan apa yang seorang pegawai terima sebagai balasan dari pekerjaan yang diberikannya.contoh macam gaji.elaun dan bonus.

·       Dengan kata lain ganjaran merupakan sesuatu yang pegawai dapatkan yang disesuaikan dengan pekerjaan yang diterima sebagai balasan apa yang dia kerjakan.

·       Menurut Islam,Allah SWT berjanji akan memberi balasan yang baik terhadap orang yang melakukan sesuatu tindakan yang baik sebagaimana firmanNya;

“Sesiapa yang beramal soleh,dari lelaki atau perempuan,sedang ia beriman,maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan”.
(surah al-nahl:97)


Pembahagian Ganjaran



PEMBERIAN GANJARAN 



Dalam sesebuah organisasi Islam, aspek ini merupakan suatu perkara penting dalam segala urusan yang berlaku di antara majikan (ketua) dengan orang bawahan. Allah berjanji akan memberi balasan yang baik terhadap orang yang melakukan sesuatu tindakan yang baik .

PEMBAHAGIAN GANJARAN 


Ektrinsik

Ganjaran kewangan seperti kenaikan  upah dan bonus

Instrinsik

Ganjaran penghargaan seperti surat pujian dan sijil pekerja cemerlang

Seseorang pengurus harus mengambil peluang dengan sebaik mungkin untuk menyediakan ganjaran instrinsik kepada pekerjanya. Dalam hal ini seseorang pengurus tidak boleh bersifat kedekut untuk tidak memberikan pujian dan penghargaan yang sepatutnya kepada pekerjanya yang berprestasi cemerlang .


Tujuan Ganjaran

Tujuan dari ganjaran yang diberikan oleh organisasi diantaranya adalah sebagai berikut:-

·       Diberi kepada pekerja kerana telah menyumbangkan tenaga dari fizikal ataupun  mental. Contoh, menurut Islam hanya beri ganjaran apabila seseorang itu melakukan kerja dengan jujur dan amanah.

·       Ganjaran yang diberikan oleh organisasi,diharapkan mampu menbuat anggota organisasi selesa dengan lingkungan organisasi,sehingga tidak menimbulkan keinginan anggota organisasi untuk berpindah ke organisasi lain.Menurut Islam,betapa pentingnya nilaian dan penghargaan terhadap seseorang pekerja yang melaksanakan tugasanya dengan bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab.

·       Ganjaran biasanya diberi berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pekerja dalam menjalankan kerja mereka.Menurut islam kesungguhannya wajib diakui dan dihargai. Dalil hadis daripada Umar Al Khattab r.a : "sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasarkan niatnya."

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Nilai/Besarnya Ganjaran
Terdapat beberapa faktor yang mempu mempengaruhi nilai atau besaran ganjaran yang diberikan,diantaranya adalah sebagai berikut:-

·       Lokasi kerja
-lokasi kerja kita juga menentukan ganjaran yang diterima.Tempat kerja yang sesuai dengan perspektif Islam adalah tempat yang tidak bertentang dengan Islam seperti kelab malam,pusat perjudian dan lain-lain lagi. Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak,judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotoe(keji) dari perbuatan Syaitan.Oleh itu,hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah Al-Maaidah: 90)

·       Kualifikasi
-Pengalaman kerja,keterampilan dan latar belakang pendidikan boleh mempengaruhi ganjaran yang diterima oleh seorang pegawai.Menurut perspektif Islam,jika kerja yang dilakukan dengan jujur dan tanggungjawab maka ganjaran itu didapati adalah atas dasar usaha diri sendiri.  

·       Besarnya perusahaan
-Meskipun pada dasarnya memiliki proses yang sama,tetapi berbeza perusahaan akan berbeza pula pada ganjaran yang diterima.Namun,ganjaran biasanya disertai juga tanggungjawab yang besar.Menurut Islam,ganjaran yang berkat adalah apabila kita melakukan sesuatu tugas dan tanggunjawab dengan amanah dan jujur.

·       Industri
-Dalam lingkungan industri,memberikan risiko kerja.Semakin tinggi risiko kerja,maka semakin besar pula ganjaran yang akan diterima. 


 Kesimpulan

      Secara keseluruhannya,ganjaran mempunyai pelbagai maksud berdasarkan sesuatu tindakan kita contoh upah, hadiah, balasan,pahala,sambutan,rahmat dan takdir. Jika perbuatan kita ke arah kebaikan maka ganjaran yang baiklah kita dapat tetapi jika perbuatan kita melanggar hukum hakam Islam maka balasannya akan ditentukan sama ada di dunia mahupun di akhirat.Allah SWT telah berjanji, manusia tidak akan diberi ganjaran dan tidak dikenakan hukuman kecuali yang sesuai dengan apa yang dilakukan olehnya. Firman Allah lagi bermaksud“Manusia tidak diberi ganjaran kecuali yang selaras dengan apa yang diusahakan” (surah Al Najm:39).
     
 Kerja merupakan kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia untuk mendapatkan upah atau ganjaran. Manakala,ibadah merupakan kepatuhan dan ketaatan kita kepada kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadanya. Sesungguhnya  setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorang muslim merupakan ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang  dikehendaki oleh hukum syarak.
      
 Saranan kami sebagai pelajar adalah supaya seseorang itu mestilah mendapat ganjaran berdasarkan tugasan dan tanggungjawabnya dengan ikhlas bukan hanya menyempurnakan tugasan semata-mata untuk menyelesaikan tugasan sahaja. Kerana  keikhlasan dalam melakukan setiap pekerjaan pasti akan membuahkan hasil yang baik dan penuh hikmah. Segala tindakan dan kerja hendaklah berorientasikan ciri-ciri dan nilai-nilai kerja sebagai amal soleh dan bersifat selari antara dunia dan akhirat. Seseorang islam tidak kira pekerja atau pengurus wajib mempraktikkan cara hidup syumul berpandukan Al-Quran dan Al-sunnah agar setiap perkara yang dilakukan tidak bertentang dengan syariat Islam.



3.1 OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM


 Objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan umum yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai . Ia menjadi garis panduanyang hendak dituju oleh sesebuah organisasi                                                                                       
 Dengan adanya objektif yang jelas, membolehkan segala sumber yang ada serta segala usaha dapat digerakkan kearah pencapaian objektif yang telah digariskan .

 Melalui objektif juga membolehkan perancangan dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan mengambilkira realiti masa kini, pengalaman masa lampau serta tuntutan untuk masa hadapan .

 Di samping itu, objektif juga membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang diperolehi .

3.0 PENGENALAN

Pengurusan Islam merupakan proses penting bagi mengendalikan manusia,organisasi dan matlamat pengurusan Islam yang hendak dicapai berlandaskan Al-Quran dan hadis.Pengurusan Islam merangkumi peranan tauhid sebagai asas pengurusan. Pendekatan Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh dan bersepadu dalam melaksanakan pengurusan Islam ia merupakan unsur penyerahan diri manusia sebagai khalifah di muka bumi yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. Affendi Hassan berpendapat bahawa pengurusan Islam ialah satu penggembelengan tenaga dan sumber,melalui perancangan,arahan dan kawalan dalam sesebuah organisasi mengikut prinsip dan nilai yang ditetapkan dalam Islam.

Sistem pengurusan Islam,sistem yang sangat lengkap dan sistematik kerana isi berpandukan Al-Quran dan sunnah.Pengurusan Islam memainkan peranan penting dalam membentuk dan melahirkan pengurus, ketua, pemakmur, alam mengikut kerangka berfikir, nilai dan prinsip Islam.

Sesebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau objektif pengurusan Islam yang tersendiri.Objektif pengurusan merupakan sesuatu yang penting kerana menggariskan hala tuju yang akan dicapai oleh organisasi. Selain itu, objektif  sesebuah organisasi  merupakan gagasan yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai dan garis panduan oleh sesebuah organisasi. 

Seterusnya, membolehkan segala usaha digerakkan ke arah objektif pengurusan Islam dan perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengambil realiti masa dan pengalaman.Akhir sekali, membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang diperoleh.